Dear All,
Ermmm....semalam tengok cerita
3 JANJI...maklum lah pelakonnya
LJ..haruslah tengok...kuikuikui ;)
Hopefully cerita ni
tidak mengikuti mana-mana cerita korea..Setakat yang aku tengok ni..Best la cerita ni..Menjerit jerit gak la Housemate aku tengok kalah cerita seram...hohohoho..tapi memang menjadi la watak budak psyco yang suka kat LJ tu..T_T
Sinopsis 3 Janji ( Info from Ohbulan )
Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami
dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin
Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi
kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih
apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap
Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail)
terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan
merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.
Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa
kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas
tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama
Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi
Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali
mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.
Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan
kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia
mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di
sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil
mengambil jurutan perubatan.
Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah
menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan
ingin mengambil peralatan muziknya.
Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia.
Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk
berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji
tersebut.
Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran
barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.
Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia?
me with LJ in magazine ;)
Me with LJ pakai tudung .Lol =))
Nota Kaki : Kalau aku pilih Yassin boleh? sebab x suka shah jazle ..hahahahaha