xmlns:fb='http://ogp.me/ns/fb#' Apple Cute: kamu

Followers

Showing posts with label kamu. Show all posts
Showing posts with label kamu. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Blog Terakhir Tentang Kamu

Rupanya
===========

Ini rasanya dikhabar berita duka
sakit..
ini rasanya disedar cerita nyata
pedih…
dunia berputar
semuanya samar
hebat sungguh penangan si penyamar

Rupanya
suria itu milik si bulan
pelangi itu tempatnya di awan
bintang pula hanya peneman
di kala hati sedang rawan

Rupanya
ada yang lain dihatinya
sedang memilih, mencatur masa depan bersama
benar seperti yang kujangka
di dadamu berselirat kasih untuknya

Rupanya
senyum itu racun berbisa
mengalir kejam di urat nadi segala
sakitnya dada menahan si air mata
jangan menitis, tolong…
hanya itu maruah yang tersisa

jantung terhenti
hati terhempas, hancur berkeping-keping
ingin kukutip kembali
sayang…kutahu itu tak mungkin

Ingin aku teriak
ingin aku sumpah seranah
tapi… bukan kamu yang salah
tak pernah berjanji setia
jauh sekali mengaku cinta
mengapa harus disalahkan pula?
langkahmu bijak wahai jejaka
sehingga aku terleka
berharap kau beri segala
sayang dan cinta hanya untukku saja

Dengar ini
simpan saja kata maafmu
simpan saja senyum pura-pura itu
simpan saja pandangan simpatimu
mahu tahu sesuatu?
semua itu aku tak perlu
seperti kau tak perlu aku
kerana…
jantung hatiku mati di malam itu

---by eein--


eein i cilok u punyer poem.. exactly the same with my situation rite now... ;)Font size

if u all nak bace poem best2 sila klik name eein..dia sangat bijak bermadah- madah ni..i reti sikit2 je..

Ezzan thanks sebab bagitau macam mane nak wat garis2 kat perkataan itu..hehehe ;p

sebenarnya i ada wat satu entri lagi..tapi rasenyer tak sesuai untuk dipublish.. hahaha simpan sendiri sudah.. cukuplah setakat sajak ini..




Wednesday, September 2, 2009

Kamu Lagi :p

Kadang kadang rasa nak mengalah
Kadang kadang rasa nak menang
Ishk ishk nak yang mana satu ni
Mengalah tak bererti kita kalah
Menang tak bererti kita menang

Kamu Kamu Kamu Kamu
Lagi Lagi kamu
Nasib Baik ada perkataan
sabar sabar sabar sabar
S..a..b..a..r


p/s:Haha tetiba i rasa nak menulis sesuatu..kira sajak ke tu :p
 

Blog Template by BloggerCandy.com