xmlns:fb='http://ogp.me/ns/fb#' Apple Cute: 3 Janji

Followers

Wednesday, March 21, 2012

3 Janji

Dear All,

Ermmm....semalam tengok cerita 3 JANJI...maklum lah pelakonnya LJ..haruslah tengok...kuikuikui ;)
Hopefully cerita ni tidak mengikuti mana-mana cerita korea..Setakat yang aku tengok ni..Best la cerita ni..Menjerit jerit gak la Housemate aku tengok kalah cerita seram...hohohoho..tapi memang menjadi la watak budak psyco yang suka kat LJ tu..T_T


Sinopsis 3 Janji  ( Info from Ohbulan )



Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.
Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.

Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia?


 me with LJ in magazine ;)

Me with LJ pakai tudung .Lol =))


Nota Kaki : Kalau aku pilih Yassin boleh? sebab x suka shah jazle ..hahahahaha


 

3 comments:

Myramerry said...

lm gila xtgk drama melayu bersiri..asyik bola bola...xpon boboiboy boboiboy....

Siti Mas Hidayu said...

Boboiboy pon Ok Ape...bola pon menarik...hehehe ape kate sekali je setiap selasa memang citer best..hehehhe kene mintak permission dari Amsyar..hehehee

Zana Adieyza said...

zana smpt tgk masa 1st episod jer... lps tu dh x tgk lak... hihi

 

Blog Template by BloggerCandy.com